"Selepas Bersalin Dah Tak Kenal Tubuh Sendiri" - Diana Nasir Kongsi Tips Ibu-Ibu Selepas Bersalin

Amri Hassan
Disember 7, 2018 06:06 MYT
Kakak pelakon Anzalna Nasir, Diana Nasir mengakui berdepan perubahan fizikal bentuk badan selepas bersalin.
Diana yang baru melahirkan cahaya mata ketiganya pada 10 November lalu mendedahkan adakalanya perubahan yang berlaku menyebabkannya panik.
"Selepas bersalin kita mungkin tidak kenal tubuh badan kita sendiri tetapi berilah masa.
"Tidak mustahil selepas bersalin badan akan nampak seperti masih mengandung, fizikal badan ktia akan berubah.
"Rambut pun akan lebih banyak gugur pada bulan-bulan awal berpantang, jangan panik ianya normal.
"Hormon kita sedang menyesuaikan diri.
"Kita mungkin akan berdepan dengan postpartum depression, kenali simptomnya dan dapatkan nasihat dengan segera," kongsi Diana.
Tambah Diana, menjadi ibu akan mengubah fizikal, mental dan emosi seseorang individu itu sama ada secara kekal atau sementara.
Perkongsian Diana menarik perhatian netizen untuk berkongsi tips masing-masing ketika berpantang.
Diana kini sedang melalui proses berpantang selepas melahirkan anak ketiganya, Anggun Darniella baru-baru ini.
Diana dan Azwan sebelum ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang kini berusia dua tahun.
#Berpantang #Diana Nasir #Anggun Darniella