Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

Asyikin Mayudin
09/07/2024 01:25 MYT
Lagi sekali nama pelakon Nonny Nadirah menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila aktres itu mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

Kongsi Video Berkemban

Menerusi perkongsian terbaharu itu memperlihatkan Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin hanya berkemban.

Pelakon tersebut dilihat merakam dirinya dari arah belakang dan hanya menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala.

Nonny yang menggunakan emoji percikan air sebagai kapsyen bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen perkongsian tersebut.

Tindakan aktres berusia 34 tahun itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 14 saat itu telah menerima lebih 3,500 tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mila Jirin Percaya Nonny Nadirah Punya Sebab Botakkan Kepala - "Dia Dah Dewasa..."

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.

Ramai wargamaya yang mendakwa tindakan penyanyi itu berbuat demikian seperti lapar perhatian.

A post shared by Nonny Nadirah (@nonnynadirah)

Susulan video memperlihatkan Nonny Nadirah membotakkan kepala, penyanyi dan usahawa Mila Jirin tampil menganggap rakan baiknya mempunyai sebab bertindak sebegitu.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan Nonny, Mila bagaimanapun berkata rakan baiknya itu dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam lalu.

#Mila Jirin #Nonny Nadirah #Nonny berkemban #Nonny botakkan rambut #Video Nonny Nadirah