Netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan Soompi, pihak pengurusan pelakon tersebut, MYM Entertainment telah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bersalah.

Malah, sebuah firma guaman yang dilantik mereka juga telah melakukan proses mengumpul maklumat dan bukti untuk dibawa ke pengadilan.

"Kami dapati banyak komen yang menyentuh isu peribadi, gangguan seksual dan ada gosip liar.

"Kami dari firma guaman LIWU yang dilantik, kini dalam proses mengumpul maklumat mereka yang meninggalkan komen-komen negatif itu," kata pihak firma guaman terbabit.







Selain pihak pengurusan Lee Min Ho, agensi Big Hit Entertainment yang menguruskan kumpulan K-Pop terkenal BTS sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan tindakan undang-undang berkaitan isu buli siber.

Mereka juga tidak akan berlembut, sebaliknya meneruskan tindakan tegas terhadap individu yang bersalah.

BACA : Agensi Ambil Langkah Tegas...Seru BTS Army Buat Laporan Jenayah Siber!

Sumber : Soompi