Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Selepas Buat Persembahan Saya Move On Saja, Tapi..." - Aina Abdul

Asraf Aided 01/04/2021 | 01:20 MYT
Penyanyi berbakat, Aina Abdul akui jarang mencari dirinya sendiri di Google atau YouTube.
Menurut Aina, dia lebih selesa untuk terus move on selepas membuat sesuatu persembahan.
"Saya sebenarnya susah nak cari diri saya sendiri di Google atau YouTube, bagi saya, kalau dah selepas buat persembahan saya harus move on sahaja.
"Tapi saya ada team yang sentiasa tegur saya, kalau tak secara berdepan, mereka akan menghantar mesej kepada saya.
"Mereka banyak menegur kesilapan saya, saya ini bukanlah sempurna, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aina juga menyedari kepentingan berguru, penyanyi lagu Semalam ini sedang menjalani latihan vokal bersama Cikgu Delly.
"Dahulu memang saya dah belajar vokal, mula-mula saya belajar dengan Cikgu Shafi, di universiti pun saya belajar vokal.
"Terkini, saya belajar vokal dengan Cikgu Delly, mungkin orang jarang nampak saya kongsi perjalanan saya dalam vokal di media sosial.
"Berguru memang sangat perlu untuk seorang penyanyi, saya memang rasa ia penting untuk diri saya," katanya lagi.
#Penyanyi #Move On #Aina Abdul #Sumpah #Semalam
;