Hiburan

Selepas Cacah Tatu Nama Ameera Khan, Tular Pula Video Jefri Nichol Gayakan Rantai Kunci Huruf A - “Itu Nama Siapa?”

gempak
Umirah Halim
14/02/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Selepas Cacah Tatu Nama Ameera Khan, Tular Pula Video Jefri Nichol Gayakan Rantai Kunci Huruf A - “Itu Nama Siapa?”

Sejak mula papar kemesraan kepada umum, hubungan aktor Indonesia, Jefri Nichol dan pempengaruh Ameera Khan sering mendapat perhatian netizen.

Terbaharu, tular sepotong video memaparkan aktor seberang itu menggantung rantai kunci berinisial A di seluarnya.

“Ada huruf A itu nama siapa?,” soal individu tersebut.

Bagaimanapun, ketika disoal seorang individu tentang rantai kunci tersebut, pelakon filem Ali: Topan itu hanya tersipu malu sambil tersenyum.

@grid.id #JefriNichol pakai gantungan kunci inisial A, tau kan A nya siapa? 🤭 #AmeeraKhan #selebindo #malaysia #tiktoktainment #tiktokshowbiz #selebindo #gridid #fyp ♬ suara asli - Grid ID

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen dilihat netizen turut berteka-teki mengenai rantai kunci tersebut.

“A for All.

“Mesti lah Ameera Khan, tanya lagi.

“Tu kan keychain brand Ami Paris, tanya lagi,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Jefri dilihat mencacah tatu baharu pada jari manisnya dengan huruk A dan K menguatkan lagi pengesahan bahawa huruf tersebut merujuk kepada nama adik kepada selebriti Neelofa, Ameera Khan.

Terdahulu, Jefri dan Ameera dilihat semakin terbuka mengenai hubungan mereka selepas beberapa ‘hint’ dikongsikan menerusi media sosial, termasuk foto dan video mesra mereka meluangkan masa bersama.

Pasangan itu terus menjadi perhatian dengan spekulasi mengenai hubungan romantik mereka, walaupun masih belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari

ARTIKEL BERKAITAN: Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Babak Panas Lakonan Jefri Nichol - “Saya Okay Sahaja”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024