Selepas Chef Wan, Fazura Kongsi Momen Istimewa Dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin
Asraf Aided
05/11/2018 08:34 MYT
05/11/2018 08:34 MYT
Baru-baru ini, cef selebriti popular, Chef Wan berkongsi rasa terharu apabila ibunya menerima layanan mesra dari Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin di sebuah majlis sambutan Deepavali.
Kini giliran aktres jelita Fazura berkongsi pengalaman bertemu permaisuri jelita itu ketika menghadiri Konsert Dekade Afgan Sabtu lalu.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Saya rasa sangat bertuah kerana diberi peluang bertemu dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Norashikin.
"Kesopanan dan kelembutan yang dimiliki TPS membuatkan saya teringat akan kata-kata indah yang ditulis dalam kad ucapan perkahwinan yang ditulis sendiri oleh TPS kepada saya awal tahun lalu.
"TPS menyambut saya seperti seorang kenalan lama yang sudah lama tidak bertemu, TPS membuatkan semua orang sekeliling berasa selesa kerana dilayan dengan sangat mesra.
"Saya rasa sangat gembira malam tadi dan mungkin kegembiraan bertemu TPS ini berterusan untuk tahun-tahun akan datang, junjung kasih tuanku," tulisnya.
Di konsert tersebut, seramai 2,500 orang telah memenuhi ruang Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bagi menyaksikan persembahan unggul dari penyanyi popular dari Indonesia itu.
Selain Fazura, antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Zahirah Macwilson, Zizi Kirana, Laudya Cynthia Bella, Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman dan Afifah Nasir.