Sejak berita Shuib memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terkait isu penggubahan wang haram atau Macau Scam, pelawak ini terus menjadi perhatian.

Antaranya adalah spekulasi yang mendakwa kereta mewah milik Shuib telah disita (SPRM). Meski demikian, kesahihannya belum dapat dipastikan.

BACA: Pengurus Shuib Jawab Spekulasi Kereta Disita SPRM

Belum reda isu tersebut, kini jam tangan yang pernah disarungkan Shuib pula menjadi perbualan ramai.

Makcik Kiah tak tuduh Soeb ni terlibat macau scam yeee. Cuma dengan gaya hidup mewah yang di tonjolkan Ib sefamili, maka...

Posted by Makcik Kiah on Thursday, 8 October 2020
Menerusi satu posting di Facebook @Makcik Kiah, admin berkongsi beberapa harga jam tangan Shuib yang menjadi bualan ramai.

Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Kemudian, ada netizen yang membongkar harga beberapa jam tangan yang dipakai suami Siti Sarah tersebut.



Perkongsian itu menunjukkan harga seutas jam mewah itu dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.

Menerusi pemerhatian Gempak, rata-rata 'tentera bawang' mula membuat spekulasi dengan meninggalkan pelbagai jenis komen.





Posting tersebut sehingga kini telah menerima lebih 200 komen dan hampir 160 shares.

Terdahulu media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam.

Sementara itu, pihak syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada SPRM.

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya.

Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.

BACA: "Saya Anggap Ini Dugaan"- Shuib Ditahan 23 Jam Di SPRM

Sumber: FB Makcik Kiah