Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Didi & Friends, Kini Pengembaraan Menyelamatkan Dunia Diteruskan Bersama Oga & Friends!

Mya Amri
18/09/2024 12:50 MYT
Astro membawakan satu lagi siri animasi baharu iaitu Oga & Friends.


Oga si kucing batu


Dihasilkan oleh studio yang turut menerbitkan Didi & Friends, siri ini membawa penonton menelusuri pengembaraan Oga, si kucing batu yang mencari tempat tinggal baharu selepas tempat tinggalnya musnah dek bencana alam.

Ditemani dua kawan baharu, Wana dan Atam, mereka menjelajah ke pelusuk rimba tercinta dengan misi menyelamatkan dunia.

Sesuai dengan kandungan kanak-kanak yang berperanan mendidik, animasi Oga & Friends mengangkat tema kelestarian alam sekitar ke dalam jalan ceritanya untuk menyemai rasa sayang para penonton khususnya anak-anak kita mencintai alam yang indah ini.


Muzik video lagu berjudul Sayangi Dunia Kita


Menariknya untuk siri Oga & Friends ini, kanak-kanak di rumah boleh turut sama ikut menyanyi dan belajar sedikit sebanyak mengenai alam menerusi muzik video lagu berjudul Sayangi Dunia Kita.

Jangan lupa saksikan Oga & Friends, setiap Jumaat, 3 petang di Astro Ceria (saluran 611).


Siri ini juga boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka. Dapatkan Pek Primary Astro dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat manis bersama #AstroBaharu – hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga.

Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.
#Astro Ceria #Animasi #Siri Animasi #Oga & Friends