Selepas Dikecam Kerana Persenda Azan, Tiga Lelaki Mohon Maaf
Fiza Kamarudin
14/06/2021 01:40 MYT
14/06/2021 01:40 MYT
Selepas dikecam warganet kerana mempersendakan azan dan ayat suci al-Quran, tiga lelaki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi sebuah rakaman video, ketiga-tiga lelaki tersebut mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia.
“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu kami mengadakan “challenge” (makan pedas), oleh kerana tidak dapat menahan kepedasan saya letak kedua-dua tangan di telinga.
“Ketika itu kawan saya suruh saya ulang perbuatan (letak tangan di telinga) sambil merakamnya dan melafazkan ayat yang tidak sepatutnya.
“Saya kecewa dan menyesali perbuatan kami dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata pemuda dikenali sebagai Ruban.
Sementara itu seorang lagi yang dikenali sebagai Brandon Eng pula mengakui dia individu yang merakam video tersebut.
“Pada asalnya saya merakam untuk tujuan ‘main-main’ dan tidak sangka ia menjadi serius. Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut. Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas ini,” katanya.
Seorang lagi rakan merekan, Ryan, akui kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Tambahnya, mereka menghormati dan mencintai semua agama di Malaysia, dan meminta maaf dengan sepenuh hati.
Terdahulu tular rakaman video tiga lelaki yang sedang duduk dimeja makan melaungkan azan dan melafaz ayat suci al-Quran.
Video berdurasi 31 saat itu kemudiannya mengundang rasa kurang senang di kalangan warganet dan mahu ketiga-tiga pemuda itu dikenakan tindakan di atas dakwaan menghina Islam.