Viral
Selepas Diserang Netizen Malaysia, Wartawan The Telegraph Mohon Maaf Sebab Kritik Nasi Lemak
Kuasa netizen! Selepas mendapat kecaman di media sosial gara-gara mengkritik nasi lemak sebagai hidangan paling teruk, wartawan The Telegraph, Katie Morley memohon maaf.
Kata Morley, dia tidak berniat untuk memperkecilkan atau menghina nasi lemak yang dianggap hidangan kebangsaan Malaysia.
Sebaliknya, penilaian itu dibuat berdasarrkan cara hidangan itu disediakan dalam penerbangan British Airways (BA).
"Ramai rakyat Malaysia menghubungi saya dan memberitahu nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan yang popular.
"Saya tidak pernah merasai masakan itu sebelum ini dan tidak berniat menghina mana-mana pihak.
"Seperti yang telah dinyatakan, saya dihidangkan dengan versi yang kurang baik oleh BA.
"Saya pasti ia sedap dan berharap dapat cuba masakan yang sebenar satu hari nanti!" tulisnya dlm satu ciapan di Twitter malam tadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Morley mengkritik hidangan nasi lemak yang dihidangkan BA dalam satu penerbangan yang mengambil masa selama 13 jam.
"Kari ayam dengan telur rebus, ikan bilis berlendir. Kebiasaan saya menyukai makanan dalam pesawat, tetapi ini adalah 0/10," tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia mengundang kemarahan netizen khususnya dari Malaysia dan menganggap Morley tidak peka serta sensitif dengan makanan kegemaran masyarakat di Asia.