Selepas #Dontrushchallenge, Kini #Wipeitdownchallenge Mendominasi - Daiyan Trisha & Will Smith Pun Ikut Sama

Badrul Hashim
Mei 22, 2020 00:45 MYT
Selepas #dontrushchallenge menjadi kegilaan ramai di media sosial, kini timbul satu lagi cabaran yang mula mendominasi di media sosial.
#wipeitdownchallenge merupakan cabaran baru yang mula menjadi kegilaan ramai. Cabaran mengelap cermin dan kemudiannya bertukar wajah menjadi lebih cantik dan jelita mula menjadi ikutan.
Mungkin di Malaysia, selebriti tempatan masih belum ramai yang mencuba cabaran ini, tetapi penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha seakan menjadi selebriti pertama yang melakukannya.
Tidak ketinggalan selebriti terkenal luar negara seperti Will Smith turut sama melakukan cabaran ini walaupun ianya lebih bersifat lucu dan menghiburkan.
Kami kongsikan beberapa #wipeitdownchallenge yang lawa, pelik dan ada yang melucukan untuk hiburan kita bersama.
Kini sudah semakin ramai yang berkongsi #wipeitdownchallenge di Instagram, Twitter dan media sosial lainnya.
Kredit Video: Instagram
#Viral #Viral #wipeitdownchallenge