Selepas Dua Tahun, Kim Woo Bin Buat Kemunculan Pertama

Mya Amri
November 21, 2019 15:05 MYT
Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin bakal membuat kemunculan semula selelas dua tahun.
Berita gembira itu disahkan oleh agensinya menerusi kenyataan rasmi.
“Kim Woo Bin bakal membuat kemunculan sebagai penyampai di Anugerah Filem Blue Dragon harini,” katanya.
Anugerah Filem Blue Dragon yang ke-40 diadakan di Paradise City, Incheon , Korea.
Terdahulu, Woo Bin disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada Mei 2017. Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak
Bagaimanapun, Woo Bin yang popular menerusi wataknya sebagai Choi Young Do dalam drama The Heir bernasib baik kerana kanser tersebut dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain.
Dalam perkembangan lain, Woo Bin juga dijangka akan membuat kemunculan untuk filem terbarunya bersama Ryu Jun Yeol dan Kim Tae Ri.
#Kim Woo Bin #Artis Korea