Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hollywood

Selepas Empat Tahun, Angelina Jolie Akhirnya Dedah Punca Penceraian

Asraf Aided 23/06/2020 | 03:00 MYT
Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie akhirnya mendedahkan punca sebenar penceraiannya dengan pelakon Brad Pitt.
Memetik laporan Cosmopolitan, Angelina membuat keputusan untuk bercerai adalah untuk kebaikan anak-anaknya sendiri.
"Saya berpisah untuk kebaikan keluarga saya sendiri, ia merupakan satu keputusan yang tepat, selepas bercerai, saya tidak henti memberi sokongan kepada anak-anak.
"Sejak saya berdiam diri mengenai punca penceraian, terdapat banyak pihak yang mengambil kesempatan mereka-reka cerita palsu dan akhirnya dilihat oleh anak-anak saya.
"Walaubagaimanapun, saya sering mengingatkan mereka tentang kebenaran sebenar, mereka juga tahu menilai," katanya dalam satu temu bual bersama Vogue India.
Dalam pada itu, Angelina turut menyifatkan anak-anaknya sebagai insan berani dan kuat.
"Sebetulnya, keenam-enam anak saya sangat berani, kuat dan masih muda," katanya lagi.
Terdahulu, Angelina dan Brad merupakan salah satu daripada pasangan popular yang digemari ramai di Hollywood.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak kandung dan turut mengambil tiga orang anak angkat.
Namun, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2016.
Difahamkan, proses tuntutan penjagaan anak antara mereka kini berjalan dengan lancar.
Sumber : cosmopolitan.com
#Brad Pitt #Angelina Jolie #cerai
;