Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selepas Enam Tahun, Britney Spears Persembahkan Duet Hold Me Closer

Maliah Surip
26/08/2022 12:50 MYT
Britney Spears kembali! Begitu kebanyakan media antarabangsa memberi reviu selepas bintang pop itu melancarkan duetnya dengan Sir Elton John, Hold Me Closer.

Hold Me Closer merupakan karya terkini yang dihasilkan Spears selepas kali terakhir menghasilkan lagu pada tahun 2016. Lagu ini juga menjadi yang pertama selepas bertahun tahun dia terpaksa bergelut untuk ‘mendapatkan hak hidupnya’ semula setelah selama ini berada di bawah pengawasan bapanya.

“Saya sangat teruja. Saya menyanyi bersama salah seorang legenda yang masih hidup. Ini sangat klasik,” kata Spears menurut kenyataan yang dikeluarkan, lapor BBC.

Penyanyi yang sudah enam tahun tidak merakamkan sebarang karya ini juga menambah: “Ini sesungguhnya peristiwa yang besar buat saya. Saya sangat terharu.”

Sementara itu Gurdian melaporkan John memuji Spears yang disifatkan masih boleh menyanyikan salah satu hit miliknya itu selepas mereka berduet.

“Ramai yang mengatakan dia sudah tidak boleh menyanyi, tapi Spears menyanyi dengan sangat baik. Saya sangat teruja,” ujar John.

Spears yang akhirnya bebas dari ‘cengkaman’ ayahnya selepas 13 tahun terlebih dahulu berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari, setelah sembila bulan turun naik mahkamah dan menang.

Meski pernah menyatakan tidak tahu bila dia akan kembali membikin karya dan menyanyi, kini Spears muncul bersama idolanya, Elton John.

“Saya tidak mahu taku lagi seperti waktu kecil dahulu,” ujarnya.

#Britney Spears #Elton John #Hold Me Closer
;