Hiburan

Selepas Gempak Superstar, Sherry Ibrahim Teruskan Hasrat Jadi Penyanyi

gempak
Ahmad Shah
17/05/2016
03:20 MYT
Sponsor Banner
Selepas Gempak Superstar, Sherry Ibrahim Teruskan Hasrat Jadi Penyanyi
Aktres Sherry Ibrahim mahu meneruskan hasratnya untuk bergelar penyanyi setelah program Gempak Superstar melabuhkan tirainya.
Menyandang gelaran naib juara dalam Gempak Superstar, Sherry yang menyanyikan lagu Tak Ada Logika dan Janji Manismu berbangga kerana dia dapat mengatasi ketakutan yang dialaminya selama ini.
“Semenjak di bangku sekolah, saya memang sudah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi. Namun impian itu sering terhalang. Dengan adanya program Gempak Superstar, saya memberanikan diri untuk mengatasi ketakutan saya iaitu stage fright.
“Saya tidak menjangkakan yang perjalanan saya di Gempak Superstar berakhir di tangga kedua. Saya sangat bersyukur dan mahu meneruskan cita-cita saya untuk bergelar seorang penyanyi,” kata Sherry kepada Astro Gempak.
Dalam perancangan untuk mengeluarkan sebuah lagu solo dan sebuah lagu duet, Sherry bakal membahagikan masanya dalam bidang lakonan dan nyanyian.
“Selepas ini, saya bakal memberikan fokus yang sama terhadap bidang nyanyian dan lakonan. Saya bersama pihak pengurusan sudah mempunyai rencana untuk mengembangkan lagi bakat saya dalam bidang nyanyian dan saya berharap langkah saya sebagai penyanyi mendapat sokongan semua pihak,” katanya mengakhiri perbualan.
Dalam konsert akhir Gempak Superstar yang diacarakan oleh Sharnaaz Ahmad dan Scha Alyahya, Sherry meraih tempat kedua dengan bilangan markah sebanyak 51, manakala Siti Elizad mendapat tempat pertama dengan pungutan markah sebanyak 64.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024