Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kourtney Kardashian sekali lagi mengejutkan ahli keluarganya apabila bercuti bersama bekas pasangannya, Scott Disick baru-baru ini.

Memetik laporan HollywoodLife.com, Kourtney tidak memaklumkan kepada ibu dan adik beradiknya mengenai perkara itu sehingga adiknya, Kim Kardashian terlihat foto mereka di laman Instagram Scott.

Percutian itu turut disertai oleh teman wanita baru Scott, Sofia Richie.

"Kris (ibu Kourtney) berasa risau jika anaknya itu tidak dapat membuat keputusan dengan betul.

"Selain itu, Kris juga khuatir jika Kourtney sudah terlambat untuk berbuat demikian bersama bekas pasangannya itu," kata sumber.

Baru-baru ini, Kourtney telah menghadiri majlis sambutan hari jadi Scott yang turut dihadiri Sofia.

Terdahulu, Kourtney dan Scott pernah membina keluarga bersama tanpa sebarang ikatan secara rasmi.

Hasil hubungan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iatu Mason, Penelope dan Reign.

Sumber : HollywoodLife.com