Setelah hampir 10 tahun, drama bersiri yang pernah menjadi fenomena satu ketika dulu, Adam & Hawa kini ubati peminatnya menerusi filem Dekatnya Cinta.

Aktor hebat Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisa sekali lagi tampil digandingkan menerajui watak utamanya sebagai Ain Hawani & Adam Mukriz dalam filem yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 13 Mei ini.

Lebih mengujakan, filem drama romantik terbitan Global Station ini turut menampilkan teraju utama lain seperti Farah Nabilah, Datuk Fazley Yaakob dan Nadya Syahera.

Manakala, pengarah yang cukup terkenal dengan memberi sentuhan magis pada drama-drama yang meraih ‘rating tinggi’, Feroz Kader masih diberi kepercayaan untuk mengarahkan Dekatnya Cinta.

Lebih menarik, filem ini turut memuatkan beberapa babak-babak romantik daripada sedutan drama 80 episod terdahulu yang pasti dapat membawa penonton imbau kembali momen cinta Ain Hawani dan Adam Mukriz.

Tidak cukup dengan itu, lagu tema popular Adam & Hawa bertajuk Muara Hati, nyanyian penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama Hafiz Suib sekali lagi mengiringi babak-babak meruntun jiwa dalam Dekatnya Cinta.

Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.

Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.

Saksikan filem Dekatnya Cinta yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw