Selepas Instagram Digodam, Anak Didie Alias Pula Positif COVID-19
Zulaikha Yusof
01/05/2021 11:57 MYT
01/05/2021 11:57 MYT
Pelakon Didie Alias, 49, mendedahkan anak keempatnya iaitu Nur Dayini, 23, disahkan positif COVID-19, pada hari Rabu.
Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata berita duka itu diterima sebelum penganjuran Bazar Raya Che Salmah dan sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.
Katanya, Dayini dijangkiti wabak tersebut selepas menjaga bapanya iaitu aktor Ridzuan Hashim di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung serta mengalami paru-paru berair.
"Kebetulan anak saya memang menjaga bekas suami yang menerima rawatan di HKL akibat serangan jantung dan mengalami paru-paru berair.
"Nak dijadikan cerita, bila bekas suami pulang ke rumah dia dimaklumkan rupa-rupanya ada pesakit COVID-19 di hospital tersebut.
"Selepas dimaklumkan perkara itu, dia terus lakukan ujian calitan dan disahkan positif.
"Beberapa hari selepas itu, anak saya pula alami simptom demam dan sakit tekak. Dia pun lakukan ujian calitan.
"Hari Rabu lalu, keputusan ujian calitan pun keluar.. dia disahkan positif. Disebabkan dia alami beberapa simptom seperti hilang deria rasa, semalam dia dihantar ke MAEPS (Serdang) untuk rawatan susulan," katanya kepada Gempak.
Didie ditemui di majlis pelancaran Bazar Raya Che Salmah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu meluahkan rasa syukur apabila keadaan Dayini semakin baik dan bekas suaminya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah.
"Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik cuma dia ada la mengadu yang dia rindukan alat-alat tulis yang berada di rumah.
"Syukur juga, bapanya sudah pulang ke rumah dia selepas jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh. Keadaan bapa dia pun semakin baik cuma masih jalani kuarantin di rumah.
"Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan apa tak lagi, ketika acara bazar saya sedang berlangsung tambahan baru-baru ini Instagram saya digodam.
"Tapi beberapa lalu saya sudah mendapatkan akaun berkenaan semula dengan bantuan pihak SRC Record Music," katanya lagi.
Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.