Pelakon Saharul Ridzwan memaklumkan bahawa anak sulungnya, Muhammad Luth Ali kini dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di ibu kota ekoran mengalami demam panas.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

"Dah tidur dah. Lepas mummy, Ali pulak yang demam. Suhu pun sama, 39.6 darjah selsius.

"Harapnya demam biasa, bukan influenza atau apa-apa yang teruk. Amin Ya Rabb. Doakan ye semua. Terima kasih," tulisnya.

Dah sleep dah. Lepas mummy , Ali pulak yang demam. Temp pun sama, 39.6'c. Hopefully demam biasa, bukan influenza or apa2 yang teruk. Amin Ya Rabb. Doakan ye semua. Terima kasih ??

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on



Perkongsian Saharul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar anaknya itu cepat sembuh.

"Moga cepat sembuh ye adik Ali comel. Kesiannya dia, musim demam kan sekarang,

"Ali kena kuat sebab Ali kan nak jadi abang," tulis sebahagian komen netizan.

Terdahulu, pelakon drama Tok Adi itu turut berkongsi berita mengenai isterinya, Qaabila Deena Emir yang dimasukkan ke wad hospital yang sama.

BACA: “Tak Nak Kejut Suami, Bila Bangun Minta Beli Ais Badan Panas Sangat” - Ditahan Wad, Saharul Ridzwan Dedah Sikap Isteri

Isterinya itu kini sedang mengandung anak kedua.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.