Hiburan
Selepas Isteri Pertama Fail Cerai, Isteri Kedua Opick Meninggal Dunia
Isteri kedua kepada penyanyi lagu kerohanian Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia pada 9 malam tadi.
Menurut rakan Opick, Ustaz Derry Sulaiman, dia mendapat kiriman WhatsApp dari Opick yang memaklumkan isteri keduanya meninggal dunia akibat keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Wulan mula menderita sakit selepas mengalami masalah pengguguran kandungan semasa sedang sarat hamil lapan bulan.
Jenazah Wulan telah disemadikan di kawasan perkuburan Cakung, Jakarta Timur sebelum solat Zohor tengah hari tadi.
Sebelum ini, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.
Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.
Dian dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Sumber: Tribunnews
Must-Watch Video