Selepas Isu Tandas, Ras Adiba Radzi Seru OKU Tegakkan Hak Menyeluruh

Asraf Aided
Ogos 20, 2018 11:58 MYT
Menerusi sebuah entri di Instagram, personaliti TV terkenal, Ras Adiba Radzi menyeru golongan OKU untuk menegakkan hak mereka di kalangan masyarakat.
Menurut Ras Adiba, terdapat segelintir pihak yang melakukan ketidakadilan dan mengganggu kemudahan awam yang dikhaskan buat golongan OKU.
"Sahabat OKU semua, ayuh kita pantau ketidakadilan yang dilakukan pada kemudahan kita.
"Kita harus sama-sama ingatkan masyarakat supaya mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencabuli hak kita.
"Dari tandas, tempat letak kereta, kekangan di bahu jalan, ruang pergerakan yang sempit, ketiadaan lif dan pelbagai lagi," tulisnya.
Terdahulu, Ras Adiba telah menentang cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang mencadangkan golongan LGBT dibenarkan untuk menggunakan tandas OKU.
#Ras Adiba Radzi