Sebelum ini, anggota kumpulan K-Pop terkenal Blackpink, Jennie telah tampil dengan single solo.

Kini, giliran dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Lisa dan Rose merancang untuk tampil dengan projek solo dalam masa terdekat.

Memetik laporan Koreaboo, pengumuman rasmi berkaitan hal itu telah dibuat oleh syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment semalam.

Menurut pihak pengurusan terbabit, Lisa dan Rose kini sibuk menjalani penggambaran untuk single solo mereka.

Dalam pada itu, seorang lagi anggota Blackpink, Jisoo juga dikhabarkan bakal menghasilkan single solo namun bukanlah dalam masa terdekat.

Blackpink ditubuhkan pada tahun 2016 dan menjadi kegilaan ramai peminat sehingga kini.

Antara lagu hit kumpulan ini adalah Solo, How You Like That, Kill This Love dan banyak lagi.

Sumber : Koreaboo
Kredit Foto : TheStandom & Pinterest