Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Jin, Kali Ini J-Hope BTS Pula Bakal Sertai Perkhidmatan Tentera

Asyikin Mayudin
27/02/2023 13:55 MYT
Anggota kumpulan K-pop BTS, J-Hope, membatalkan permohonan untuk menangguhkan pendaftaran menyertai perkhidmatan tentera, menurut ejen kumpulan itu pada Ahad.

BigHit Music tidak memberikan tarikh beliau akan menyertai perkhimatan itu dan pengumuman akan dibuat sebaik notis pendaftaran diperoleh, lapor Agensi Berita Yonhap.

Keputusan itu dibuat dua bulan selepas Jin, anggota tertua BTS, menyertai perkhidmatan itu. Kesemua tujuh anggota kumpulan K-pop itu merancang untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Di Korea Selatan, semua lelaki yang sihat tubuh badan diwajibkan berkhidmat dalam pasukan tentera selama kira-kira dua tahun.

#BTS #Jin BTS #Jin #JHope #JHope BTS