Tayangan 'spin off' Fast & Furious iaitu Hobbs & Shaw belum lagi bermula, namun filem kesembilan francais tersebut iaitu Fast 9 telah pun mencuri perhatian warganet.

Jika sebelum ini ramai teruja dengan pengumuman ahli gusti WWE, John Cena dalam filem itu, kali ini peminat sekali lagi dikejutkan dengan kemunculan dua pelakon senior.

Kedua-duanya merupakan pemenang anugerah Oscar iaitu Charlize Theron dan Helen Mirren.

Perkara tersebut diumumkan oleh pelakon utamanya, Vin Diesel menerusi satu entri di Instagramnya dua hari lalu.

"Kita ada ramai pelakon di sini termasuklah pemenang Oscar seperti Charlize Theron dan Helen Mirren. Selain itu ada juga kejutan baru termasulah John Cena yang akan menyinar dalam filem ini," katanya.

Sehingga kini video tersebut telah pun ditonton dua juta kali.

Week 3! The world’s saga... it’s CENA not SENNA Vin. Haha. All love, always. #Fast92020 #Fatherhood #GratefulVin #PaMiGente

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on


Untuk pengetahuan anda, filem Fast 9 dijangka ditayangkan pada 2020.

Sementara menunggu kemunculan filem itu, anda boleh saksikan Fast & Furious: Hobbs & Shaw terlebih dahulu.

Fast & Furious: Hobbs & Shaw mengisahkan Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan Deckard Shaw (Jason Statham) berganding bahu untuk menghalang ancaman baru yang menghasilkan tentera super Brixton (Idris Elba) yang ditingkatkan secara genetik.

Bagaimana untuk menewaskan Brixton? Anda haruslah tonton filem ini yang akan ditayangkan bermula 1 Ogos ini.

BACA: Totally Next Level...Ini Sebab Mengapa Filem FAST & FURIOUS: HOBBS & SHAW Paling 'Badass' 2019!