Selepas Kate Winslet, Leonardo DiCaprio Dijadikan Inspirasi Untuk Nama Serangga
Amri Hassan
04/05/2018 10:50 MYT
04/05/2018 10:50 MYT
Sejenis kumbang yang ditemui di kepulauan Sabah dinamakan sempena nama pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Dinamakan "Grouvellinus leonardodicaprioi", kumbang itu adalah antara tiga spesies baharu yang ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.
Ia ditemui dalam ekspedisi yang dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda.
Menurut laman web Taxon, ekspedisi itu juga membantu mereka membuat penemuan saintifik.
Penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys.
Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio yang cukup giat menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.
DiCaprio bagaimanapun bukan selebriti pertama diberi penghormatan seumpamanya.
Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.
Sumber: Astro Awani
Foto: Carian Google