Hiburan
Selepas Keluar Pusat Pemulihan, Demi Lovato Banyak Bergantung Dengan Bekas Teman Lelaki
Penyanyi popular Hollywood, Demi Lovato dikhabarkan kembali rapat dengan bekas teman lelakinya, Wilmer Valderrama selepas keluar dari pusat pemulihan dadah baru-baru ini.
Menurut sumber, Demi banyak berhubung dan menerima sokongan dari Wilmer sejak dimasukkan ke pusat pemulihan, namun hubungan mereka hanya sebagai rakan rapat, tidak lebih dari itu.
Selain itu, Wilmer juga merupakan salah seorang individu terawal yang membantu dan memberi sokongan terhadap Demi sejak dia mula-mula dikejarkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Ibu Demi iatu Dianna De La Garza menjelaskan Demi berada dalam keadaan yang baik dan tidak lagi mengambil dadah.
Demi juga telah kembali aktif di laman Instagram seperti dilihat pada perkongsiannya yang dibuat pada Julai lalu.
Sumber : Page Six
Must-Watch Video