Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Kurus, Rebel Wilson Umum Berpisah Dengan Teman Lelaki! Puncanya...

Hanafis Haris
04/02/2021 14:22 MYT

Pelakon komedi popular, Rebel Wilson, 40, membuat pengumuman mengejutkan apabila dikatakan telah berpisah dengan kekasihnya, Jacob Busch, 29.

Perkara itu diumumkan Wilson menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

"Terlalu banyak perkara dalam fikiran saya.

“Wanita solo sedia untuk ke Super Bowl (acara ikonik tahunan Amerika Syarikat)," katanya.

Sementara itu menerusi Daily Mail UK wakil pengurusan Wilson menjelaskan, bintang filem Pitch Perfect itu berpisah secara baik dan tidak berlaku sebarang pergaduhan di antara mereka.

“Pasangan itu juga mengambil keputusan untuk berpisah selepas kedua-duanya mempunyai matlamat yang berbeza dalam kehidupan,” katanya.

Untuk rekod, Wilson dan Busch yang bercinta lebih setahun lalu membuat penampilan bersama pertama kali di acara Prince Albert's Planetary Health Gala di Monaco pada September tahun lalu.

Kali terakhir mereka dilihat bersama adalah bulan lalu sewaktu bermain ski di Colorado.

Wilson sebelum ini juga pernah berkongsi bahawa Busch adalah seorang yang sangat menjaga privasinya.

#Viral #Cinta #FatAmy #RebelWilson