Personaliti dan sosialit Hollywood, Kim Kardashian kini bergelar billionaire secara rasmi.

Berdasarkan laporan Forbes, Kylie diiktiraf sebagai billionaire setahun selepas adiknya Kylie Jenner.

Sumber pendapatan Kim adalah dari program TV dan penglibatan dengan beberapa jenama diikuti perniagaannya KKW Beauty dan SKIMS.

Jumlah pendapatan Kim setakat ini adalah 1 bilion USD (Melebihi RM 4 bilion) dan pesohor jelita ini berada dalam senarai Forbes 2,755 billionaire dunia.

Berdasarkan pengiraan Forbes, pendapatan Kim telah meningkat daripada 780 juta USD Oktober lalu kepada 1 juta USD terkini.

Bagaimanapun, adiknya Kylie telah dikeluarkan daripada senarai itu kerana dipercayai menokok tambah jumlah pendapatan perniagaan kosmetiknya.

Sumber: BBC