Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Selepas Lagu Diiktiraf Malaysia Book Of Record, Santesh Lancarkan Pula Mymuna

Kamaruddin Razal 28/02/2019 | 10:04 MYT
Lagu Amalina versi Tamil nyanyian Santesh berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).
Berjaya meraih satu juta tontonan dalam masa 72 jam dilancarkan di laman YouTube, ia menjadikan muzik video lagu Amalina versi Tamil menjadi muzik video Tamil pertama yang berjaya meraih satu juta tontonan dalam masa tiga hari.
"Saya tak sangka. Rasa terharu dan terkejut kerana lagu ini meraih kejayaan yang saya sendiri tak pernah jangka.
"Lagu Amalina versi bahasa Melayu juga banyak membantu promosi lagu Amalina versi Tamil. Ramai yang sukakan lagu terbabit dan ia datang dari pelbagai lapisan bangsa.
"Saya juga tak percaya apabila lagu Amalina berjaya menduduki carta trending di laman YouTube selama seminggu. Sehingga kini, lagu Amalina versi Melayu sudah meraih 26 juta tontonan manakala versi Tamil pula sudah mencapai 6.8 juta tontonan.
"Ini menjadi penyuntik semangat untuk saya berusaha dengan lebih keras. Saya mahu menghasilkan lebih banyak lagu berkualiti untuk semua peminat yang tak henti menyokong," katanya.
Santesh ditemui majlis pelancaran single terbarunya, Mymuna dan majlis pengiktirafan MBOR di Hotel Royal pada Rabu.
Bercerita mengenai Mymuna, lagu ini merupakan kesinambungan kepada lagu Amalina.
"Lagu ini bercerita mengenai anak Santesh dan Amalina, Mymuna. Lagu Amalina sudah mempunyai peminat tersendiri dan peminat mahukan sambungan kisah antara Santesh dan gadis Melayu yang dicintainya.
"Lagu ini juga berjaya meraih satu juta tontonan dalam masa dua hari dan Mymuna versi Tamil pula akan menyusul selepas ini," katanya lagi.
#Penyanyi #Penyanyi #Santesh
;