HIBURAN
Selepas Lahir Anak Ke 5, Liza Hanim Terus Kembali Bekerja
Penyanyi Liza Hanim bersyukur kerana dikurniakan rezeki menimang cahaya mata kelima.
Pelantun lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu melahirkan permata hatinya yang diberi nama Mohamed Al Fateh pada 25 Januari lalu.
"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana diberi rezeki untuk menyambut kelahiran anak kelima.
"Ada sesetengah orang dikurniakan seorang anak, ada juga yang masih belum sampai rezekinya, saya pula dikurniakan lima orang anak. Saya sangat bersyukur," kata Liza kepada HLive.
Tambahnya, selepas ini dia akan terus bekerja dalam bidang seni seperti biasa.
"Semua ini perancangan Allah. Semuanya rezeki untuk saya. Selepas ini, saya akan terus bekerja seperti biasa. Saya tak sambung rehat dan Insya-Allah, tahun ini saya akan muncul dengan single baru.
"Saya sedang mencari lagu yang sesuai untuk dijadikan material single baru. Ada beberapa komposer yang sudah saya dekati tetapi saya masih belum membuat pilihan akhir. Pastinya, single akan keluar pada tahun ini," katanya lagi.
Liza mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video