Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Lamborghini Batman RM5.6 Juta Terbakar, Raffi Ahmad Umum Berehat Dari Dunia Seni

Amri Hassan
22/10/2019 02:48 MYT
"Bukan pamit, istirehat sejenak," itu antara kata-kata akhir daripada pelakon popular Indonesia, Raffi Ahmad yang memutuskan untuk berehat seketika dari dunia seni.

Tambah pelakon filem 40 Hari Bangkitnya Pocong itu, keputusannya untuk berehat demi meluangkan lebih masa bersama keluarga terutama isteri, Nagita Slavina dan anak lelakinya, Rafathar.

"Alhamdulillah sudah 20 tahun dalam dunia hiburan Indonesia. Banyak yang percaya pada saya, Gigi (panggilan isteri) dan Rafathar.

"Banyak yang saya lalui daripada segi kehidupan dan pastinya kerjaya. Sepanjang hidup saya diisi kerja, kerja, kerja sampai semuanya banyak yang ketinggalan. Termasuk keluarga.

"Keputusan yang amat berat. Setelah membuat pertimbangan dalam tempoh yang panjang, saya memutuskan untuk beristirehat sejenak daripada kegiatan saya di sini.

"Saya mahu berubat, mahu berhibur dan melakukan perkara yang membuat keluarga saya bahagia," tulisnya menerusi entri di Instagram malam tadi.

❤️❤️??❤️❤️

A post shared by Raffiahmad Nagitaslavina1717 (@raffinagita1717) on


Terdahulu, Raffi dikejutkan dengan insiden kereta mewah Lamborghini Aventador hitam yang tiba-tiba terbakar di Bogor, Indonesia pada Sabtu lalu.

Difahamkan ketika kejadian Raffi dalam perjalanan menuju ke sebuah majlis namun jentera mewah bernilai RM5.6 juta itu tiba-tiba berasap kerana overheat.
#Indonesia #Raffi Ahmad #Lamborghini Aventador