Laman Utama

“Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah

gempak
Mya Amri
08/06/2023
06:45 MYT
Sponsor Banner
“Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah
Pelawak, Shuib dan pasangannya, Watie Hanifiah berkongsi detik perkenalan mereka yang bermula menerusi media sosial.
Menurut Watie, kali pertama dia menghantar mesej kepada tunangnya adalah ucapan takziah semasa Shuib kehilangan isterinya pada Ogos 2021.
“Detik permulaan kami apabila saya DM untuk mengucapkan salam takziah masa arwah Siti Sarah meninggal dunia.
“Tetapi dia membalas mesej itu selepas lima bulan kemudian,” ujarnya.
Watie dan Shuib berkata demikian ketika sidang media Walimatulurus Shuib & Watie yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, pada Rabu.
Bercerita lanjut mengenai dperkenalan mereka, Shuib berkata dia yang memulakan langkah untuk berkenalan dengan Watie dengan meminta nombor telefon.
“Masa saya mesej mintak nombor telefon, saya tak sangka akan dapat. Tapi pada masa itu rasa macam apa yang saya buat ini, saya tak sepatutnya minta.
“Dia pula ambil masa yang lama untuk balas mesej jadi saya pun berserah sahaja lah dan tunggu dia balas,” katanya.
BACA: Shuib, Watie Nikah 23 Jun 2023 Tanpa Majlis Resepsi, Syukur Dapat Tajaan RM1.7 Juta
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live