Hiburan
Selepas Lima Bulan Berhijab, Hannah Delisha Padam Foto Tak Tutup Aurat
Pelakon Hannah Delisha, 25, memilih untuk menghapuskan foto freehair serta penampilan seksinya di Instagram (IG).
Sebelum ini, Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch telah membuat keputusan untuk mengenakan hijab pada September tahun lalu.
Antara foto yang dipadam termasuklah saat anak kelahiran Singapura itu menghadiri beberapa acara fesyen, memperaga jenama mewah dan cover majalah yang pernah dijalaninya.
Hasil pemerhatian Gempak, akaun IG yang mempunyai 2.7 juta pengikut itu hanya meninggalkan 203 keping foto.
Pelakon yang sedang hangat dengan drama Tercipta Satu Ikatan menerusi slot Megadrama di Astro Ria itu memilih meninggalkan foto penampilan terbaru, kucing peliharaan dan 'quote' berunsur kerohanian.
Walaubagaimanapun, masih ada beberapa keping foto tidak bertudung yang tidak dipadam.
Tindakan itu turut disedari dalam kalangan peminatnya.
"@aidiilazli: Tolong faham, mungkin gambar-gambar dia yang belum padam tu ada kontrak. Dia kan artis. Jadi dia pun kena perlahan-lahan, tak ada masalah.
"@yat.sllh: Boleh padam dah kot gambar macam ni. Teruskan tutup aurat.
"@stokis_pinklady: Freehair kena padam lagi baik sis," antara komen-komen yang ditulis.
Terdahulu, Hannah mencuri tumpuan wargamaya selepas berkongsi fotonya mengenakan tudung dengan kapsyen, 'Bismillah'.
Must-Watch Video