Kemunculan semula pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee dikhalayak ramai selepas lima bulan bersalin ternyata mengejutkan peminatnya.

Isteri kepada penyanyi popular Rain ini membuat penampilan pertamanya ketika menghadiri majlis yang dianjurkan oleh syarikat kosmetik, Cellcure baru-baru ini.

Foto-foto Kim Tae Hee yang dirakamkan oleh jurufoto dan juga media yang berada di majlis tersebut menjadi bualan hangat peminatnya.

Rata-ratanya terpegun melihat bentuk badan dan juga kecantikan wajah Tae Hee walaupun selepas bergelar ibu kepada seroang anak perempuan.

Kim Tae Hee yang hadir dengan menyarungkan busana berwarna putih dan solekan minimalis telah memukau tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Sebelum ini juga, Tae Hee telah memuat naik foto terbaru di akaun Instagram dan peminat memuji wajahnya nampak semakin berseri.

Di sini kami kongsikan foto-foto terbaru Tae Hee:










Foto: 10 Asia / BNT International / Dispatch