Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Selepas Lima Tahun, Brad Pitt Menang Hak Jagaan Bersama Anak-Anak...Angelina Masih Tak Puas Hati!

Asraf Aided 28/05/2021 | 02:44 MYT
Aktor Hollywood popular, Brad Pitt akhirnya menang kes tuntutan hak jagaan bersama terhadap anak-anaknya bersama bekas isteri, Angelina Jolie.
Proses tuntutan tersebut telah memakan masa selama lima tahun sebelum ini.
Memetik laporan HollywoodLife, hakim John Ouderkirk mengarahkan Pitt untuk meluangkan lebih masa bersama lima anak mereka yang belum mencecah usia 18 tahun.
Pax, 17, Zahara, 16, Shiloh, 14, serta kembar Vivienne dan Knox, 12 semuanya masih di bawah usia 18 tahun.
Sementara anak sulung mereka, Maddox tidak terikat dengan jagaan mana-mana pihak memandangkan usianya kini mencecah 19 tahun.
Terdahulu, Pitt dan Jolie masing-masing 'bertarung' untuk mendapatkan hak jagaan anak selepas berpisah pada 2016.
Difahamkan, Jolie kini masih belum berpuas hati dengan keputusan hakim dan memfailkan satu lagu tuntutan untuk membantah.
Bagi bintang Maleficent tersebut, keputusan itu sepatutnya dibuat dengan memanggil anak-anaknya untuk memberi testimoni dengan siapa mereka mahu tinggal.
#Hollywood #Brad Pitt #Angelina Jolie #Menang #Hak Jagaan Anak
;