Jika sebelum ini kita sering berhibur dengan menonton filem-filem baharu di panggung wayang, penularan wabak COVID-19 mengubah segalanya.

Bukan sahaja pawagam terpaksa ditutup, banyak aktiviti-aktiviti lain turut dihentikan.

Semua orang harus menjalankan tanggungjawab dengan duduk di rumah untuk menghentikan pandemik ini.

Astro Shaw datang dengan pelbagai cara terbaik untuk menonton filem kepada pelanggan apabila membawa filem-filem terus ke rumah melalui saluran Astro First.

“JANGAN ABAIKAN APA YANG KAU LIHAT!” . Apa akan terjadi apabila kita abaikan apa yang kita lihat? Nantikan TOWN MALL sebuah filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar. Dilakonkan oleh @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan dan ramai lagi. Bakal menghantui anda mulai 25 Jun ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

"JANGAN ABAIKAN APA YANG KAU LIHAT!" . Jom saksikan Trailer TOWN MALL sebuah filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar. Bakal menghantui anda mulai 25 Jun ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd @nynaaharizalll___ . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!