Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Selepas Masya Masyitah, Kali Ini Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Pula?

Izwan Isa
23/08/2023 23:50 MYT
Sekitar bulan lalu, nama pelakon Nabila Huda tiba-tiba menjadi bualan apabila dia mendakwa tidak mengenali penyanyi Masya Masyitah, yang ketika itu dikritik kerana tidak lagi mengenakan tudung.

Kali ini, pelakon berbakat besar itu sekali lagi menuai perhatian netizen apabila meninggalkan komen agak serupa pada satu hantaran video yang dikongsikan oleh HLive di Instagram.

Menerusi hantaran video tersebut, pelakon Nad Zainal memberi kenyataan mengenai tuduhan mengatakan dia ada bermasam muka dengan rakan-rakan industri yang pernah bergelar sahabat baiknya.



Begitupun, pada ruangan komen, Nabila menulis: “Maaf tanya… siapa ni? Pelakon ke?” tulisnya.

Komen tersebut menerima lebih 2,000 tanda suka dan lebih 250 balasan.

Menerusi balasan yang diterima oleh pengguna media sosial, rata-rata menyifatkan respons Nabila itu sebagai satu hal yang melucukan.

Selain itu, ada juga yang memberikan pendapat mengenai situasi berkenaan dan berkongsi pengalaman bekerja dengan Nad Zainal.

BACA: “Tanya Sebab Memang Tak Kenal” - Bukan Persenda Masya Masyitah, Nabila Huda Jarang Tengok Sosial Media​

#Nabila Huda #Nad Zainal #Masya Masyitah