"Selepas Melahirkan Anak Dah Macam Mak Koala Pun Ada .." - Lufya Omar Beri Nasihat Untuk Jaga Berat Badan Semasa Hamil

Zulaikha Yusof
Mei 23, 2019 04:49 MYT
Pelakon Lufya Omar mendedahkan berat badannya mencecah 80 kilogram (kg) selepas melahirkan anak perempuannya, Laana Haura.
Menurut Lufya berat badannya semakin bertambah disebabkan menuruti nasihat orang lain untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika sedang hamil.
"Berat saya sebelum ini 80 kilogram. Selepas melahirkan anak dah macam mak koala pun ada.
"Nasihat saya untuk wanita hamil, masa hamil jangan dengar nasihat orang suruh kita makan untuk dua orang.
"Sebab ramai sangat yang cakap 'tak apa Lufya makan saja, kan makan untuk dua orang tu'.
"Lama kelamaan anda pasti akan makan sampai lupa diri.
"Lepas itu susah dah nak kawal pengambilan gula dan karbo," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Di samping itu, Lufya turut mengingatkan kepada wanita yang sedang hamil untuk menjaga dietnya kerana dikhuatiri mengidap penyakit kencing manis yang boleh membahayakan ibu serta anak yang berada dalam kandungan.
"Sebenarnya diet wanita mengandung lagi kena jaga dari biasa.
"Waktu inilah takut terkena kencing manis dan macam-macam penyakit pada ibu dan anak.
"Kena kawal pengambilan kadar pemakanan anda kalau tidak anda akan jadi 'mak koala', susah wei nak nak turun! Belajar daripada pengalaman," tulisnya lagi.
Lufya berkahwin dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura pada 11 November 2017.
#Lufya Omar