“Selepas Melahirkan Terus Muntah & Pengsan Dalam Tandas...”- Turun Darah, Ardell Aryana Dedah Jumpa...

Syafiqah Jalal
Jun 8, 2020 02:27 MYT
Pelakon Ardell Aryana mendedahkan dia hanya dapat berjumpa bayinya selepas tiga hari melahirkan.
Menurut Ardell sebaik sahaja bersalin dia mengalami muntah-muntah dan pengsan selepas kejadian turun darah.
“Hari ke 3 baru dapat merasa dalam dakapan Umi (Ardell). Selepas je selamat melahirkan saya Umi muntah terus pengsan.
“Keesokkan harinya Umi cuba bangun nurse mandi kan Umi muntah lagi kemudian Umi pengsan terus dalam tandas sebab Umi turun banyak darah tapi Umi tetap juga kuat,” tulisnya.
BACA: Tahan Sakit Lebih 16 Jam, Ardell Aryana Selamat Bersalin Anak Sulung
Ardell berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram (IG) anaknya @babyadhwardell.
Difahamkan IG tersebut diwujudkan bagi menceritakan perjalanan serta perkembangan anak mereka.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video ketika saat berada di hospital melahirkan anak pertamanya pada 5 Jun lalu.
Pun begitu, Ardell kini dilaporkan semakin sihat.
“Alhamdulilah hari ini Umi saya dah semakin kuat tak pengsan lagi dapat duduk dalam dakapan umie sekejap semalam dan pagi tadi .
“Get well soon umie. Baby dan abie doakan,” katanya.
Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.