Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Selepas Menangis Beri Bayangan Seperti Tak Dihargai, Terkini Eina Azman Akui 'Down' - "Life Must Go On..."

Syafiqah Jalal
16/03/2023 01:49 MYT
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman semalam telah mencuri perhatian netizen dengan tindakannya merakam dirinya sedang menangis teresak-esak.

Video berkenaan dimuat naik ke media sosial peribadi milik Eina Azman iaitu di Instagram (InstaStory) dan TikTok.

Malah video berkenaan turut diiringi dengan kapsyen yang memberi bayangan seolah-olah pelakon tersebut telah dikecewakan oleh seseorang.

“Jika seseorang itu tidak menghargai kehadiran anda, biarkan mereka hargai kehilangan anda,” tulisnya.

Terbaharu menerusi InstaStory Eina, memberitahu seolah-olah dia seperti sudah sedikit reda dengan permasalahan yang dialami serta akui hidup perlu diteruskan.

"Sedih, sedih juga but my life must go on. Jom sambung kerja.

"Sorry lah semalam Eina emosi sikit. Maybe sebab Eina banyak kerja, penat sangat jadi teremosi lebih. But I am getting better now.

"Pasal share video masak dann testimoni bibik tu bukan sengaja Eina nak melambatkan post. Cuma Eina mmg tak boleh nak fokus kerja sebab memang ada yang mengganggu emosi Eina dan Eina down.


"After this Eina akan post gmbr bibik yang latest dan video masak macam biasa. Sebab dah ramai yang DM Eina marah marah cakap Eina macam sengaja main-mainkan perasaan diaorg pasal testimoni bibik tu semua. I'm sorry, hope u all faham #wanitaberdikari," tulisnya

Punca kesedihan Eina terus menjadi teka teki namun netizen sempat membuat andaian dia ada masalah rumah tangga disebabkan orang ketiga.

"Jangan kata ini berpunca kes penyondolan,” tulis salah seorang pengguna TikTok.

“Tidak, saya belum bersedia untuk kes kesondolan yang lain,” tulis seorang lagi warga maya.
#Eina Azman #Menangis #Bayangan #Dihargai
;