HIBURAN
Selepas Mengaku Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Kongsi Tarikh Lahir & Nama Anak Dalam Kandungan
Pelakon sensasi Indonesia, Erika Carlina mendedahkan bahawa bayi yang sedang dikandungnya dijangka dilahirkan pada 8 Ogos 2025, hanya dua hari sebelum ulang tahunnya yang ke-32.
Menerusi satu sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram Stories semalam, bintang filem Pengantin Setan itu tanpa berselindung berkongsi tarikh kelahiran anaknya yang juga hasil hubungan bersama bekas kekasih, DJ Panda.

“Lahirnya sama macam ulang tahun Mbak Er ke? Tulis nama anaknya macam mana? Sabar ya mbaknya,” soal seorang netizen dalam ruangan komen yang dikongsikan semula Erika.
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Panda Mengaku Buat Pelakon Pengantin Setan Hamil Luar Nikah: “Kerana Sudah Mabuk…”
Menjawab persoalan tersebut, Erika memaklumkan tarikh dan nama anaknya,
“Aku 10 Ogos, dia 8 Ogos. Andrew Neil,” jawabnya.
Difahamkan, Erika kini sedang menghitung hari menjelang detik bersalin yang dijangka berlaku sekitar bulan Ogos ini dan telah mula mengehadkan aktiviti dalam dunia hiburan demi menjaga kesihatan diri dan kandungannya.
Dalam masa sama, wanita berusia 31 tahun itu juga sedang berdepan proses siasatan pihak polis selepas membuat laporan terhadap DJ Panda atas dakwaan ugutan.
Terdahulu, Erika menggemparkan dunia hiburan apabila secara terbuka mengakui dirinya hamil anak luar nikah. Jelasnya, dia tidak mahu berpura-pura dan memilih untuk berterus terang kepada peminat meskipun menyedari akan menerima pelbagai kecaman.
Untuk rekod, Erika Carlina merupakan antara selebriti media sosial yang aktif di Indonesia dan semakin dikenali menerusi lakonan dalam beberapa naskhah popular termasuk Pengantin Setan.