Pelakon veteran, Jasmin Hamid bersyukur kerana akhirnya pembantu rumahnya selamat pulang ke negara asalnya di Indonesia.

Meskipun sedang berada dalam pandemik Covid-19, Jasmin berkata urusannya dapat dipermudahkan selepas menjalani beberapa prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Imeigresen.

“Syukur Alhamdulillah… Akhirnya pembantu rumah saya dah selamat pulang ke Indonesia..

“Semuanya dengan izin Allah yang permudahkan urusan kami untuk penghantaran pulang di musim Pendemik ini. Ia selepas menjalani prosedur KKM dan Imigresen yang terkandas kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB),” katanya.

Jasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Jasmin memuat naik foto bersama pembantu rumahnya yang berada di lapangan terbang.

Dalam pada itu, Jasmin sempat mengucapkan terima kasih kepada pembantu rumahnya yang selama ini menjaga anaknya.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Baik.. Terima kasih kerana menjaga anak-anak saya dengan baik..

“Terima kasih juga kepada pihak yang telah proses kepulangan pembantu rumah,” katanya lagi.

Selain Luqman, Jasmin turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rohana.

Jasmin mempunyai seorang anak kandung, Ian Haziq hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid.
Selain itu, Jasmin juga turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)