Hiburan
Selepas Mimpi Pergi Zuhrah, Remy Ishak & Ustaz Don Rungkai 6 Syarat Mimpi Benar
Pelakon Remy Ishak akui keliru dengan alamat mimpinya yang naik ke planet Zuhrah dan bertemu alien baru-baru ini.
Kata Remy, malam lailatul qadar kebarangkalian datang dalam mimpi.Semalam aku mimpi pergi planet Venus (Zuhrah) naik scooter. Berenang renang dalam laut warna royal gold dgn alien. Sembang dgn alien guna loghat Melaka hawau... ?— Remy Ishak (@remy_ishak) May 18, 2020
Justeru, menerusi sesi siaran langsung Remy bersama Ustaz Don Danial, kedua-dua figura itu cuba merungkai kebenaran mimpi.
Berikut merupakan enam syarat mimpi yang benar menurut pandangan Ustaz Don:
1. Tidur dalam wuduk
Sekiranya tidur dalam keadaan yang masih berwuduk, mimpi yang datang bukanlah mainan tidur.
2. Tidak berhadas
Wanita berhadas besar misalnya boleh berwuduk sebelum tidur. Jika lelaki dia tidak mengeluarkan air mani dan tidak melakukan hubunan suami isteri jika wanita dia tidak melakukan hubungan suami isteri dan tidak haid.
Jika wanita dalam haid bermimpi, ketahuilah itu mainan tidur. Bertenang!
3. Terus terjaga bila mimpi
Contohnya, apabila Remy bermimpi naik ke planet Zuhrah dan bertemu alien, kemudian tiba-tiba tersedar, itu boleh jadi mimpi betul.
Tapi kalau duk layan, walaupun orang sudah kejutkan itu bukan mimpi betul.
4. Berlaku tengah malam ke atas
Menurut pandangan ulamak, pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi petanda mimpi betul.
Kalau terjaga terus dan tengok jam waktu itu barangkali mimpi betul.
5. Ingat mimpi sampai bila-bila
Sebahagian orang tua-tua bila tanya dia boleh ingat, itu maknanya mimpi betul. Tak ada lompang atau was-was.
6. Mimpi sama berulang-ulang
Boleh jadi ada dan tiada. Antara mimpi yang kerap orang Melayu mimpikan ialah mimpi jumpa baby, sebahagian kata kebarangkalian susur galur keluarganya ada amalan nenek moyang.
'Dia' datang nak singgah atau jumpa.
Firasat saya, Remy mungkin dah sampai masa kena kahwin...
Sementara itu, kongsi Remy dia sering mendapat mimpi dikejar hantu dan dibunuh.
"Saya selalu mimpi kena kejar hantu atau kena bunuh orang. Saya ni duduk seorang diri, kadang-kadang bila terjaga akan terus berwuduk dna mendirikan solat lewat malam.
"Apabila tidur balik, mimpi itu akan datang semula," kongsi Remy lagi.
Tambah Ustaz Don; "Mimpi adalah indikator yang diletakkan oleh Islam sebagai tanda seseorang itu dikira dosa pahala depan Allah."
Must-Watch Video