Selepas Minta Privasi Dihormati, Musa Hassan Kongsi Ciri Isteri Derhaka: “Meminta Cerai…”
Maliah Surip
08/03/2023 09:55 MYT
08/03/2023 09:55 MYT
Rentetan tiga rakaman video yang memaparkan pertelingkahan sepasang suami-isteri dengan lelakinya dikatakan mirip Tan Sri Musa Hassan, nama bekas ketua polis negara (KPN) itu menjadi ‘hangat’ di media sosial.
Meski tidak mengiya atau menafikan dirinya sebagai lelaki yang dikaitkan dalam video berdurasi sekitar 56 saat dan 10 saat yang tersebar di Twitter, Musa Hassan telah meminta orang ramai agar menghormati privasi dan menyifatkan insiden yang berlaku sebagai masalah keluarga.
Kenyataan itu dicuit dalam satu balasan kepada pengguna Twitter. Beliau antaranya dilihat menulis: “Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.
Musa Hassan yang memegang jawatan KPN dari 2006 sehingga 2010 itu turut mengingatkan spekulasi tidak benar akan membuat khalayak berdepan tindakan undang-undang.
“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” ciapnya lagi.
Tidak hanya ciapan tersebut, satu lagi ciapan yang dibuat Musa Hassan pagi tadi turut menarik perhatian warganet.
Musa Hassan dilihat berkongsi tips mengenai ciri-ciri isteri derhaka.
“Ciri-ciri isteri derhaka pada suami adalah tidak mensyukuri kebaikan dilakukan suami; suka menyakiti hati suami; melayani lelaki lain tanpa pengetahuan suami; keluar rumah tanpa izin suami dan meminta cerai daripada suami," katanya.
Semalam, media melaporkan tentang penularan video memaparkan individu dipercaya bekas pegawai kanan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertelingkah dengan isterinya dengan disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman tersebut.
Antara isi pertengkaran yang dapat didengar jelas antara lelaki memakai kemeja biru dan helmet merah itu adalah mengenai telefon bimbit yang dirampas dan seorang wanita merayu ia dipulangkan kembali.
Dalam rakaman sama, seorang kanak-kanak dilihat cuba memukul lelaki tersebut demi mendapatkan semula telefon bimbit wanita berkenaan