Rapper wanita yang membawa imej bertudung dan berbaju kurung ini pernah menggemparkan rakyat Malaysia awal bulan ini apabila namanya dilaporkan dalam portal antarabangsa menerusi sebuah artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg.
Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari mula menjadi sebutan ramai setelah persembahan perdananya di program Festival Seni Melayu Pesta Raya di Singapura pada Jun lalu.
BACA: Muncul Di Bloomberg & The New York Times, Rapper Berhijab Ini Berjaya Buka Mata Dunia
Imejnya sebagai gadis Melayu beragama Islam yang menutup aurat dan memelihara kesopanannya dengan bertudung dan berbaju kurung ketika menyampaikan bait-bait lirik dalam bentuk rap ternyata sesuatu yang unik dan luar biasa sehingga namanya menjadi tular ke seluruh dunia.
Bunga yang sebelum ini menggunakan nama pentas Bungaisme mula mencipta nama di arena Hip Hop tempatan apabila ditampilkan dalam program ‘16 Baris’ musim kedua yang dicipta rapper terkenal Joe Flizzow.
Kini anak jati Perak ini bakal muncul pula dengan single debutnya yang diberi judul namanya sendiri iaitu Bunga.
Bunga merupakan karya ciptaan Bunga sendiri bersama figura yang cukup dikenali dalam arena Hip Hop tempatan iaitu Tripdisz dan Lady D. Manakala lirik pula ditulis oleh Bunga sendiri bersama Lady D.
Lagu yang membawa genre Hip Hop tetapi diberi sentuhan elemen elektropop ini mampu menangkap telinga sesiapa sahaja dengan melodi yang ‘catchy’ dan lirik yang santai.
Rapper muda berusia 19 tahun ini berharap agar lagu pengenalannya ini bukan saja mendapat reaksi positif peminat Hip Hop tetapi diterima baik oleh peminat muzik arus perdana.
Kemunculan Bunga dengan gaya tersendiri ini pastinya mampu memeriahkan lagi industri muzik tanahair dan menggalakkan lagi gadis sepertinya untuk cuba berkecimpung dalam arena muzik Hip Hop yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan lelaki.
Single Bunga terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 26 Julai 2019.
Kamaruddin Razal
Fri Jul 26 2019
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Bapak Bapak Bonding | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Uyaina Arshad Kongsi Pengalaman Hamil Anak Pertama & Kedua - “Syahiran Yang Banyak Mengidam Tahap Merajuk Cranky Kalau…”
Uyaina tak pernah ada rasa mengidam.
Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.