Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Selepas Pemergian Alif, Nora Ariffin Teruskan Hasrat Mengerjakan Umrah

Syafiqah Jalal
20/12/2019 05:48 MYT
Selepas enam hari pemergian anakanda tercinta, Alif Johan, penyanyi Nora Ariffin memberitahu bakal berangkat mengerjakan umrah 18 Mac depan.

Perkara tersebut dikongsi Nora menerusi posting di akaun laman sosial Instagram (IG)nya.

Nora turut berharap agar niat dan urusannya dipermudahkan Allah SWT.

“Insya-Allah, dengan izinNya, saya tetap akan meneruskan umrah saya pada 18 Mac 2020 nanti.

“Kepada yang akan bersama dengan saya, mudah-mudahan dapat kita bertemu, berkenalan, menjalinkan ukhwah dan berkongsi pengalaman serta paling penting sama-sama beribadah mengerjakan umrah.

“Moga Allah permudahkan niat kita. Terima kasih buat semua. Salam rindu Makkah,” tulisnya.

Kali terakhir Nora menjejakan kaki ke tanah suci adalah pada Disember tahun lalu dan itu merupakan umrah pertamanya tanpa arwah suami, komposer Johan Nawawi.

Johan Nawawi kembali ke rahmahtullah pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun, akibat serangan jantung.

In Shaa Allah.. Dengan izinNya, saya tetap akan meneruskan UMRAH EKSLUSIF BERSAMA NORA serta Ust Hanafi pada 18 Mac 2020 nanti. Kepada yg telah confirm utk bersama saya.... In Shaa Allah, dapat kita bertemu, berkenalan, menjalinkan ukhwah dan berkongsi pengalaman & paling penting sama2 beribadah mengerjakan umrah. Moga Allah permudahkan niat kita. Untuk keterangan lanjut, Pls contact assistant saya Sarina dinumber diatas. Terima kasih buat semua. Salam rindu ?

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

#Penyanyi #Anak #Nora Ariffin #Umrah #Penyanyi
;