Selepas Pisang, Alha Alfa Letak Duit Dalam Nasi Pula - “Suka Dengan Cara Datuk Bersedekah”
Azwa Rahman
19/08/2021 04:05 MYT
19/08/2021 04:05 MYT
Usahawan kosmetik terkenal Datuk Alha Alfa sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila bersedekah dengan cara memasukkan wang ke dalam bekas nasi untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan.
Menurut Alha, dia melakukan review bagi seekor ikan salmon dan duit hasil daripada review tersebut digunakan untuk memberi sedekah.
“Kongsi rezeki. Alhamdulillah thank you very much kepada anda yang dah ambil slot review bersama saya. Ni antara cara saya sumbangkan semula pada mereka-mereka yang memerlukan insyallah,” tulis Alha di ruangan Instagram.
Alha turut berkongsi sebuah video membakar ikan salmon hasil review tersebut bersama nasi putih.
Menerusi perkongsian video berdurasi lebih enam minit itu, ikan tersebut dibahagikan kepada 13 bahagian dan dibungkus bersama nasi dalam satu beg kertas.
Alha kemudian memasukkan wang RM50 ke dalam sampul plastik dan meletakkan ia di atas nasi yang telah diaginhkan ke dalam bekas.
Bekas-bekas makanan beserta wang tersebut kemudian diedarkan kepada golongan susah dan tidak berkemampuan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya memuji cara kreatif Alha bersedekah dan membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan makanan dan wang pada masa yang sama.
“Masyallah suka tengok sharing datuk, rajin bersedekah. Alhamdulillah semoga murah rezeki selalu datuk,” puji seorang wargamaya.
“Fall in love dengan cara datuk. Alhamdulillah,” kata seorang wargamaya.
“Part last tu paling sedih. Semoga dimurahkan rezeki kita semua amin,” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, bestnya dapat salmon,” ujar seorang wargamaya.
“Semoga Allah SWT lipat gandakan rezeki datuk yang sangat pemurah dan baik hati. Saya doakan datuk dan kaum keluarga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” doa seorang wargamaya.
“Nasi dalam duit, first time tengok. Tak sempat makan kenyang dah,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mencecah hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Terdahulu, Alha pernah memberi wang sedekah dengan meletakkannya ke dalam buah pisang yang menjadi buah mulut ramai.