Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Selepas PM, Akaun Telegram Menteri Luar Pula Kena Godam

Awani
09/08/2022 04:20 MYT

Akaun Telegram milik Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah malam semalam telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.

"Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa," menurut ciapan itu

Semalam, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.

Sumber: Astro Awani

#Telegram #Godam #Menteri Luar #Datuk Seri Saifuddin Abdullah