Hiburan

Selepas Popular Di Bigo Live, Eyya Gegar Lawak Jadi Penyanyi Pula

gempak
Amri Hassan
06/01/2020
04:58 MYT
Sponsor Banner
Selepas Popular Di Bigo Live, Eyya Gegar Lawak Jadi Penyanyi Pula
Bukan hanya boleh melawak, bekas peserta Gegar Lawak, Eyya kini mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula.
Mempertaruhkan single pertama berjudul Hey Eyya, gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu turut menampilkan Bell Ngasri dalam lagu terbabit.
"Pihak pengurusan percaya keserasian antara kami sudah wujud memandangkan masing-masing diberikan kepercayaan mengendalikan segmen Parodi MeleTop menerusi rancangan MeleTop sebelum ini," katanya.
Eyya mendapat kepercayaan daripada Papa Jub Production Sdn. Bhd. yang yakin lagu Hey Eyya mampu memberikan variasi baharu kepada industri seni tanah air.
Tambahan pula lagu yang berentak pop dance cukup energetik dan dekat di hati, Eyya yakin lagu tersebut mampu menghiburkan sesiapa sahaja.
"Walaupun tidak pernah mengikuti mana-mana kelas vokal namun saya cuba memberikan mutu rakaman yang baik seperti yang dikehendaki oleh penerbit.
"Lagu pop dance ini membuatkan saya gembira dan tidak berhadapan dengan tekanan saat proses tersebut berlangsung," tambahnya.
Hey Eyya dicipta oleh Intan Shaharuddin dan mendapat sentuhan lirik daripada Juhana Asri dan Zamzoy.
Terdahulu, Eyya turut menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar anjuran saluran Astro Warna membentuk sebuah kumpulan bersama Pinky dan Sharul Kamal.
Turut bertanding ketika itu termasuklah Bocey, Joey, Zero, Rahim dan ramai lagi.
Gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya mula dikenali melalui aplikasi Bigo Live beberapa tahun yang lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live