Hiburan

Selepas Raih Trofi Filem Terbaik FFM30, One Two Jaga Ditayangkan Semula di Pawagam!

Hanafis Haris
01/04/2019
07:54 MYT
Filem One Two Jaga telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM30) yang telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Filem ini menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.
Selain itu One Two Jaga turut tercalon untuk 10 anugerah dan berjaya memenangi enam daripadanya.
Namun disebalik kejayaan ini, umum pastinya mengetahui kutipan jualan tiketnya tidaklah memberangsangkan ketika mula ditayangkan 6 September 2018.
Berita baik untuk anda yang teringin untuk menontonnya di pawagam, TGV cinemas telah melakukan tayangan semula bermula 4 hingga 10 April ini. Menariknya harga tiket kini hanya dijual pada harga RM5.
Perlu diingatkan, tayangan khas ini hanya ditayangkan di pawagam terpilih saja. Berikut adalah lokasinya.
TGV Cinemas Sunway Pyramid
TGV Cinemas Wangsa Walk
TGV Cinemas 1 Utama
TGV Cinemas Tebrau City
TGV Cinemas Bukit Raja
TGV Cinemas KLCC
TGV Cinemas Dpulze
TGV Cinemas Kinta City
One Two Jaga merupakan filem arahan Nam Ron dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Ario Bayu, Amerul Affendi dan Bront Palarae.
Filem ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

[SENARAI LENGKAP PEMENANG] - Filem One Two Jaga & Drama Bersiri Di Sisi Dominasi Anugerah Skrin 2019

gempak
01/11/2019
16:10 MYT
Hiburan

Kenyataan Rasmi Bersama FINAS Dan ASTRO Berkaitan Penganjuran Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 30 (FFM30)

gempak
10/04/2019
12:32 MYT
Hiburan

Hanya Fitnah Semata, Fattah Amin Rasa Ralat & Terkesan Berhubung Kontroversi di FFM30

gempak
06/04/2019
12:31 MYT
Berita

"Aku Bukan Melalak Sebab Menang, Ni Melalak Sebab..." - Nabila Huda Luah Rasa Terharu Kemenangan Di FFM30

gempak
02/04/2019
04:58 MYT
Berita

Corat-Coret Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30)

gempak
31/03/2019
05:39 MYT